Khamis, 29 Jun 2017

5 Cara Hilangkan Rasa Letih dan lesu badan dengan mudah

5 CARA HILANGKAN RASA LETIH DAN LESU BADAN DENGAN MUDAH

Assalammualaikum...



Semua orang memang ada rasa macam ni pada suatu ketika badan rasa malas mau buat apa-apa. Rasa letih dan mengantuk seja. Lagi parah bila keadaan ni berlarutan setiap hari.

Sebenarnya bahaya kalau rasa letih dan lesu badan ni berlarutan sebab ia boleh menganggu kerja-kerja kita seharian. Lebih bahaya jika masa itu kita dalam keadaan memandu mahupun menunggang motosikal.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk hilangkan rasa letih dan lesu badan ni?

5 CARA HILANGKAN RASA LETIH DAN LESU BADAN

1. Tidur yang mencukupi sangat penting untuk kita. Bila tidur kita sendiri tidak pernah cukup badan akan mula rasa letih dan penat. mau bangun tidur pun rasa liat.

Malah ia juga boleh menyebankan kegemukan sebabnya jika tidak cukup tidur akan keluar sejenis hormon yang dipanggil gherin yang boleh meningkatkan selera makan.

2. Senaman di awal pagi. Ramai sebenarnya susah mau lakukan senaman di awal pagi. Asal bangun ja terus capai tuala dan pergi mandi.

Kalau perhatikan orang Korea diorang suka buat regangan badan di awal pagi. Kita pun boleh sebenarnya. Sebelum bangun tidur tu, goyangkan kaki. Pusingkan pergelangan kaki secara bulatan. Lepas tu angkat tangan regangkan badan dan kaki. Kalau buat sebenarnya memang rasa segar skit badan.

3. Ramai yang suka abaikan sarapan di awal pagi ni. Tahu kan antara punca rasa letih dan tak bertenaga ialah tidak bersarapan. Badan bukan sahaja akan rasa letih malah ini juga akan menyebabkan peningkatakan berat badan.

4. Gaya makan yang seimbang sebenarnya sangat membantu untuk hilangkan rasa letih dan lesu badan. Pastikan cukup segala zat dan nutrisi yang diperlukan dalam badan. Paling penting banyakkan minum air masak ye..bukan air manis untuk elakkan badan kekurangan air.

5. Pengambilan supplement pun sebenarnya sedikit sebanyak membantu supaya badan kita kekal sihat, segar dan bertenaga. Setiap manusia mempunyai tahap metabolisma yang berbeza.

Dan paling utama, bila semakin meningkat umur kita semakin banyak kita perlukan zat dan nutrisi yang lengkap sebabnya bila semakin berusia, banyak fungsi dalam badan kita semakin lemah. Ini sedikit sebanyak menganggu kesihatan kita.


Love
Sue Anna

Rabu, 28 Jun 2017

Body Adjust

Body Adjust



Antara tanda-tanda anda mengalami Body Adjust.

1. penat melampau
2. sangat mengantuk
3. cirit-birit
4. gatal-gatal
5. jerawat naik tiba-tiba
6. loya
7. sakit kepala
8. pening

Body Adjust bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda.

Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul.

Apa yang kita perlu buat ialah, drink loads and loads of water to help the body to flush out all of those junkies and toxins.

Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.

Jom kita tengok perkongsian puan cery tentang healing crisis.

Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita mendapatkan vitamin c dengan memakan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D.

Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee

2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya

3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:

Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.

Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee.

Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee.

Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja.

Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.



Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok.

Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat.

Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari..

Love
SueAnna

Selasa, 27 Jun 2017

Tips beraya dengan anak-anak

Assalammulaikum & salam sejahtera..



Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. so bila tiba hari raya, sesi kunjung mengunjung adalah perkara yang selalu diamalkn semasa Hari Raya..


Jadi semasa pergi beraya ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa pergi beraya bersama anak-anak, antara tipsnya adalah seperti:

1. Disiplin - Sebagai ibu bapa kita perlu mengingatkan kepada anak-anak kita tentang adab mengunjungi dan beraya di rumah sanak-saudara sebelum pergi jalan beraya supaya tingkah laku mereka tidak 




2. Pakaian - Pakaikan anak-anak dengan pakaian yang menyerap peluh dan kain yang tidak terlalu tebal. Pakaian yang tebal boleh menyebabkan anak mudah berpeluh dan tidak selesa.


3. Keperluan Si Baby - Sekiranya anda beraya bersama anak yang kecil pastikan segala keperluannya di bawa bersama seperti lampin pakai buang, baju, susu, botol susu, bekalan makanan dan sebagainya.

4. Jaga Masa - elakkan berada terlalu lama di sesebuah rumah bagi mengelakkan anak anda tidak bosan dan meragam. Segeralah beredar bila anak anda menunjukkan tanda-tanda bosan ataupun stress.




5. Baju Menyusu/nursing cover -  Sekiranya anda masih lagi menyusukan anak pastikan anda memakai pakaian yang sesuai agar anda selesa dan mudah menyusukan anak atau pun membawa nursing cover

6. Hiburan semasa perjalananSekiranya perjalanan dari satu rumah ke rumah yang lain itu jauh jaraknya, bawa beberapa barang permainan sebagai hiburan bagi anak-anak anda yang sudah keletihan itu. Sekiranya anda ingin memberi mereka bermain dengan gajet, pastikan mereka boleh berkongsi dan tidak berebut dan bergaduh kemudiannya
7. Bawa air putih - Pastikan anda membawa air putih untuk mengelakkan anak anda daripada kehausan.. lagipun kebanyakan minuman yang dihidang semasa hari raya adalah minuman manis & bergas..

Semoga tips ini berguna kepada kita


Selamat hari raya

love
Sue Anna

Jumaat, 23 Jun 2017

Minuman Isotonik yang lebih Sihat

Performance Drink dari Shaklee merupakan antara supplement terbaik yang dihasilkan oleh Shaklee bagi membantu untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada mereka yang mengamalkannya,menyediakan karbohidrat bagi tubuh dan yang amat penting sekali ia berfungsi mengekalkan imbangan cecair tunuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan. Performance Drink juga diamalkan oleh atlet bertaraf antarabangsa seperti Kent Bostick (pelumba basikal). 




Sejarah Perfomance Drink Shaklee
Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). 

Performance Drink Shaklee merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Performance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah m encipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini m asih bertahan hingga kini. 

Performance Drink Shaklee juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance Drink Shaklee sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan. 

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink Shaklee mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Perfomance Drink Shaklee Untuk Siapa?
1. Mereka yang aktif bersukan / atlet
2. Mereka yang sedang berpuasa
3. Mereka yang tidor lewat malam
4. Mereka yang selalu keletihan
5. Mereka yang ada masalah vagina kering
6. Mereka yang tiada selera makan
7. Mereka yang terkena cirit-birit
8. Mereka yang selalu sakit kepala
9. Mereka yang mempunyai paras gula rendah
10. Kanak-kanak yang terkena demam (panas dalam)
11. Ibu Hamil dan menyusukan anak
12. Mereka yang kurang sihat
13. Mereka yang gemar minuman isitonik
14. Para pesakit yang menghidap gout
15. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.



Kelebihan Perfomance Drink Shaklee

1. Bebas gas dan tidak berkarbonat


2. Kurang Kandungan Gula


3. Tidak mengandungi lemak


4. Tidak mengandungi kolestrol


5. Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan


6. Dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi


7. Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus. 


8. Membantu mengatasi masalah dahaga (sesuai sangat utk minum ketika bersahur di bulan puasa)


9. Bersifat isotonik . Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada didalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah.


10. Meningkatkan daya ketahanan badan seperti beri tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, gantikan air yang hilang dan membantu memanjangkan waktu latihan tanpa mencedrakan tubuh

11. Mencegah penyahidratan

12. Mengekalkan paras gula dalam darah dan menstabilakn paras gula untuk mempercepatkan proses penyembuhan akibat kecedraan otot.


Jom lihat apa kata pengguna Perfomance Drink Shaklee

Testimoni 1

Testimoni 2


Testimoni 3




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Perfomance Drink Shaklee, anda boleh membuat pembelian secara online dengan hanya klik gambar di bawah

atau berhubung dengan saya (Suhanah Muslin) Melalui:

ID : 1087087
Facebook : Sue Anna
Whatsapp/telegram/Call : 01125353733
Instagram : sue_anna86
Email : suhanah.muslin@gmail.com


Untuk dapatkan harga lebih murah, saya saraankan anda mendaftar sebagai ahli kerana penjimaatan sehingga 25%dapat anda nikmati. Hubungi saya untuk daftar sekarang

Setiap pembelian supplement shaklee dengan saya, akan mendapat Tips, Jadual Pengambilan Vitamin serta Konsultasi Percuma berkaitan produk shaklee yang sesuai untuk anda, So jangan lepaskan peluang!! hubungi saya segera...

Terim Kasih...



Khamis, 22 Jun 2017

Multivitamin Kanak-Kanak Yang Terbaik

Assalammulaikum dan selamat sejahtera...


Ramai yang terfikir multivitamin Shaklee iaitu Vite-Lea Iron Formula hanya ada untuk orang dewasa saja, tetapi di Shaklee terdapat juga multivitamin untuk kanak-kanak iaitu Vita-Lea for Children. 

Vita-Lea for Children ini di rumuskan khas untuk kanak-kanak dengan rasanya yang enak. Tahukah anda si manja anda yang sedang membesar memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kesihatan dan tumbesaran optimum mereka tetapi kebanyakan kanak-kanak sangat memilih makanan.

Anda jangan risau, Vite-Lea for Children dicipta khas dengan mikronutrien berspektrum luas untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja anda.

Kebaikan Vita-Lea For Children
Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Shaklee disediakan dalambentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka sihat bertenaga sepanjang hari.

8 info menarik Vita-Lea for Children
1. Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak

2. Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
3. Memberi 100% nilai harian vitamin C
4. Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
5. Berasaskan phytonutrien semulajadi
6. Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
7. Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
8. Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri



Jom lihat testimoni pengguna Vita-Lea for Children

Testimoni 1


 Testimoni 2

Testimoni 3



Untuk dapatkan Vita-Lea for Children anda boleh buat pembelian secara online dengan hanya klik gambar di bawah
atau berhubung dengan saya (Suhanah Muslin) Melalui:

ID : 1087087
Facebook : Sue Anna
Whatsapp/telegram/Call : 01125353733
Instagram : sue_anna86
Email : suhanah.muslin@gmail.com


Untuk dapatkan harga lebih murah, saya saraankan anda mendaftar sebagai ahli kerana penjimaatan sehingga25% dapat anda nikmati. Hubungi saya untuk daftar sekarang

Setiap pembelian supplement shaklee dengan saya, akan mendapat Tips, Jadual Pengambilan Vitamin serta Konsultasi Percuma berkaitan produk shaklee yang sesuai untuk anda, So jangan lepaskan peluang!! hubungi saya segera...


Terima kasih



Rabu, 21 Jun 2017

Penawar Sakit Lutut Yang Anda Perlu Cuba

Penawar Sakit Lutut yang anda perlu cuba


Sakit sendi dan sakit lutut selalu terjadi di kalangan orang tua atau orang yang telah berusia. Kebanyakan orang yang berusia akan mencari ubat yang berkesan untuk merawat masalah sakit lutut, lenguh sendi dan masalah tulang. Semakin meningkat usia memang kesihatan urat saraf dan sendi tulang kalau tidak banyak mesti ada terganggu sikit., namun begitu masalah sendi ini juga boleh di hadapi oleh orang muda. 

Faktor Dan Punca Sakit Sendi
Antara faktor dan punca yang meningkatkan risiko sakit sendi ialah:
  1. Penuaan – Semakin berusia, sendi-sendi tubuh dah semakin banyak digunakan dan makin mudah cedera
  2. Berat badan berlebihan – Orang yang mengalami kegemukan ataupun obesiti, menyebabkan sendi tulang terpaksa menahan beban yang lebih berat terutamanya pada lutut dan peha
  3. Penggunaan sendi berlebihan – Seorang atlit ataupun orang yang banyak bekerja menggunakan fizikal, mungkin terlebih kerap menggunakan sendi yang berkenaan dan menyebabkan sendi mudah tercedera
  4. Sejarah keluarga – Masalah sendi boleh juga berpunca daripada faktor genetik
  5. Otot lemah – Otot yang lemah yang mengelilingi sendi boleh meningkatkan risiko kecederaan sendi tersebut akibat sokongan yang lemah


Kesan Akibat Sendi Yang Sakit?
Kesakitan sendi bukan saja mengganggu pergerakan tapi juga prestasi harian. Banyak pekerjaan yang boleh terganggu. Antara tanda-tanda biasa menandakan anda mengalami sakit sendi ialah:
  • Ketidakselesaan seperti susah bergerak atau sakit
  • Rasa kebas dan lenguh yang mengganggu
  • Kekurangan fleksibiliti pergerakan seperti menyebabkan mudah jatuh dan sebagainya

Sendi yang Sihat


Sendi yang tidak Sihat




Jom Ikuti kisah seorang ibu yang menghadapi masalah sakit lutut
Ini adalah salah satu masalah yang di hadapi oleh seorang pelanggan suplemen shaklee, di mana ibunya mengalami masalah sendi dekat lutut sehinggakan bendalir di lutut ibunya mengalami kekeringan dan mengakibatkan ligamen dekat bahagian lutut itu koyak...ngerikan? Walaupaun dia telah mendapat rawatan tetapi cecair yang dimasukkan ke dalam lutunya itu tidak bertahan lama dan mengakibatkan ibunya sukar untuk berjalan jauh.. Syukur Alhamdulilah setelah berikhtiar dengan Collagen Powder dan Vivix Shaklee lutut ibunya semakin baik..



Apa itu Vivix Shaklee?

Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak drpd campuran unik botani spt Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Bagaimana vivix melegakan sakit lutut?

✔️ VIVIX mampu membantu sehingga ke tahap DNA. Ia bukan mengubah DNA tetapi memperbaiki dan merawat DNA yang bermasalah.

✔️ VIVIX ni ada ELDERBERRY yang digunakan secara tradisional untuk atasi masalah arthritis. Jadi sebab itulah sakit lutut boleh hilang.

Collagen Shaklee.

Hebatkan ramuan-ramuan dalam vivix ini sehinggakan jika disimpan dibawah suhu beku sekalipun vivix takkan pernah beku. Tak percaya? Cubalah dulu...Rasanya sedappp


Bagaimana pula Collagen Powder boleh membantu melegakan sakit lutut?

✔️ sakit lutut dan sakit sendi ni saling berkait rapat. Sakit lutut sebab tulang rawan mula haus & terhakis, dan juga sebab bahan bernama Collagen dalam tulang rawan mula rosak.

✔️ 50% dari tulang rawan memang terdiri drpd Collagen. Collagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Tapi bila umur kita dah 20 an, Collagen ni akan sedikit demi sedikit terhakis dalam tulang rawan.


✔️ Badan kita ni memanglah boleh hasilkan Collagen dengan sendiri. Tapi masalahnya bilangan Collagen yg kita hasil tu TAK dapat menampung bilangan Collagen yang rosak kat lutut tu. Lagi lagi kalau kita dah semakin berusia, lagilah kurang Collagen yang dihasilkan.


✔️ Sebab tu kita perlu topup Collagen dalam bdn kita dengan SHAKLEE COLLAGEN POWDER supaya bila sendi menyerap Collagen, secara perlahan Collagen akan baiki bahagian2 yang rosak dan menggantikan Collagen yang rosak.


✔️ SHAKLEE COLLAGEN POWDER bersifat elastik dan sangat kuat. Menurut kajian, seawal penggunaan 8 minggu, korang dah boleh nampak perubahannya.


Hidup sihat adalah pilihan semua orang. Semuanya mengimpikan kesihatan yang baik sepanjang hayat sebab badan kita ni kita nak guna sepanjang nyawa kita. Anugerah Allah Taala kan.. Tak ada siapa di dunia ni nak sakit kan. So tak salah kalau kita brusaha untuk ikhtiar..jom ikhtiar dgn Vivix & Collagen Powder shaklee..




Untuk dapatkan Set Kesihatan Lutut (Vivix & Collagen Powder Shaklee) anda boleh buat pembelian secara online dengan hanya klik gambar di bawah
atau berhubung dengan saya (Suhanah Muslin) Melalui:

ID : 1087087
Facebook : Sue Anna
Whatsapp/telegram/Call : 01125353733
Instagram : sue_anna86
Email : suhanah.muslin@gmail.com


Untuk dapatkan harga lebih murah, saya saraankan anda mendaftar sebagai ahli kerana penjimaatan sehingga25% dapat anda nikmati. Hubungi saya untuk daftar sekarang



Setiap pembelian supplement shaklee dengan saya, akan mendapat Tips, Jadual Pengambilan Vitamin serta Konsultasi Percuma berkaitan produk shaklee yang sesuai untuk anda, So jangan lepaskan peluang!! hubungi saya segera...



Terima kasih

Selasa, 20 Jun 2017

Cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita


Assalammulaikum dan Salam Sejahtera



Ibu dan Ayah atau mak dan bapa adalah insan yang paling kita sayangi..tanpa mereka kita tak akan melihat dunia..


Sesiapa saja yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat kepada ganjaran yang Allah berikan sebagai balasannya

Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.Tangan yang membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar sinar kegembiraan, kata-kata yang manis dan wajah yang reda lahir dari hati yang ikhlas. Begitulah gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita begitulah cara melayan orang tua. Kelak mereka akan terbiasa dengan ajaran itu.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)


Terdapat beberapa cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita


1. Memberi kasih sayang
  • Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

2. Memberi perhatian
  • Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka akan terasa disisihkan dan tidak dipedulikan. 

3. Memenuhi permintaan
  • Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

4. Melakukan apa yang mereka gemari
  • Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. 

5. Bercakap dengan lemah lembut
  • Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. 

6. Meluangkan masa bersama-sama
  • Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

7. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
  • Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

8. Menghulurkan bantuan kewangan 

  • Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

9. Berikan mereka hadiah
  • Berikan lah mereka hadiah sempena hari jadi, ulang tahun perkahwinan mereka, hari ibu/ayah dan sebagainya. Walaupun hadiah itu tidak besar ataupun murah sahaja, ingatlah pemberian sesuatu daripada anak membuatkan mereka rasa dihargai dan diingati..hadiah yang paling bagus ialah berikan meraka vitamin untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka.

10. Menjaga mereka
  • Selagi mereka masih ada, berusahalah dan buat lah yang terbaik untuk menjaga mereka. 

Redha Allah S.W.T. adalah terletak pada redha ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susah lah hidup kita. Bukan hanya di dunia kita tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti. Jadi, marilah kita mentaati dan jagalah kedua ibu bapa anda sebaik mungkin. Sementara mereka masih hidup ini, cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh..




Sama-samalah kita mengingati diri kita agar menjadi seorang anak yang berguna dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kita.. 



Love 
Sue Anna
Rindu sangat-sangat dengan kedua ibu bapaku..


Isnin, 19 Jun 2017

Tingkatkan Sistem Antibodi Anda Bersama Nutriferon Shaklee

Assalammulaikum & Salam Sejahtera..

Apa kahbar semua? Sihat? Alhamdulilah.. sekiranya anda kurang sihat, segera la buat rawatan dan jangan lupa ambil suplemen untuk tingkatkan sistem imun tubuh anda..Hari ini saya nek berkongsi tentang suplemen penggalak kepada sistem imun tubuh atau immune booster iaitu Nutriferon


Apa itu Nutriferon?


Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh atau immune booster. Ianya merupakan suplemen yang hebat dan effektif dan telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanaan dan prestasi.


Keistimewan Nutriferon Shaklee
1. Rumusan Berpaten Yang Eksklutif
  • Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi
2. Dibukti secara klinikal 
  • Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
3. Dicipta oleh pakar imun
  • Dr. Yasuhiko Kojima.  Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun pada julung kalinya Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi 
4. 40 tahun Penyelidikan
  • Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
5. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi
  • Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
6. Ramuan yang semulajadi
  • Empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama seperti Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower dan Honeysuckle Jepun

Kandungan Nutrifeon
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan




Fungsi Utama Nutriferon
1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
  • Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan system imun tubuh dengan menerahkan system pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells and makrofag.
2. Membantu lawan Kanser dan tumor
  • Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. 
3. Melindungi dari influenza
  • Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza. 
4. Meringankan tekanan dan kelesuan
  • Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk. 
5. Melambatkan penuaan
  • Formula unik Nutriferon Shaklee merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat
6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C
  • Keberkesanan Nutriferon Shaklee dalam menmerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C
7. Membantu meningkatkan kesihatan wanita monopous menjadi lebih baik
  • Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik
8. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra haid dan waktu haid
  • Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit  belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.
9. Membantu mengurangkan ketidakselesaan waktu kemotrapi


Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
9. Mereka yang selalu ambil ubat tahan sakit
10. Mereka yang berumur, yang mudah terdedah kepada kekurangan imuniti


Apa kata pengguna Nutriferon
1. Testimoni 1


2. Testimoni 2


3. Testimoni 3


4. Testimoni 4


5. Testimoni 5



Untuk dapatkan Nutriferon Shaklee anda boleh buat pembelian secara online dengan hanya klik gambar di bawah
atau berhubung dengan saya (Suhanah Muslin) Melalui:

ID : 1087087
Facebook : Sue Anna
Whatsapp/telegram/Call : 01125353733
Instagram : sue_anna86
Email : suhanah.muslin@gmail.com


Untuk dapatkan harga lebih murah, saya saraankan anda mendaftar sebagai ahli kerana penjimaatan sehingga25% dapat anda nikmati. Hubungi saya untuk daftar sekarang


Setiap pembelian supplement shaklee dengan saya, akan mendapat Tips, Jadual Pengambilan Vitamin serta Konsultasi Percuma berkaitan produk shaklee yang sesuai untuk anda, So jangan lepaskan peluang!! hubungi saya segera...


Terima kasih


Set Kecergasan untuk Lelaki (Vitality set)

Opsss bukan wanita sahaja yang ada vitamin khas tau tetapi lelaki juga ada. Shaklee telah mencipta set khas untuk lelaki yang mahukan kesiha...