Jumaat, 4 November 2016

JOM KENALI SHAKLEE




Dipercayai bahawa semua prodruknya adalah semula jadi yang mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah Shaklee bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Shaklee menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Shaklee juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, Shaklee telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar Shaklee dan menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.
Semua tanda dagangan adalah hak milik empunya masing-masing.

Khamis, 3 November 2016

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMEN???

1) Kehilangan nutrien dalam makanan

Tahukah anda semasa proses penyediaan makan seperti proses memotong, menghiris,mencincang bahan makanan juga boleh menyebabkan berlakunya kehilangan zat pada makanan. Penyimpanan sayuran-sayuran dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan kehilangan nutrisi.

Ditambah pula dengan penggunaan suhu yang tinggi/panas yang boleh merosakkan zat pada makanan yang disediakan. Contohnya kaedah menggoreng atau deep frying dan kaedah ini boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) yang tidak sihat kepada tubuh iaitu menjadi penyebab kepada pengumpulan kolestrol.


2) Makan ikut selera rasa

Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa tanpa mengikut pola makanan yang sihat dan seimbang. Pola makanan yang baik adalah pola makanan sihat dan seimbang, namun penelitian mendapati, banyak orang tidak mendapat  cukup vitamin dan mineral dalam makanan seharian. Sebab itulah kita perlukan suplemen bagi membantu mencapai kesihatan optima dan mengurangkan risiko kesihatan. (American Medical Association Journal 2002; 287: 3127-3129)
Pada masa kini kita mudah untuk mendapatkan makanan kerana ada restoran yang beroperasi 24jam terutama di kedai-kedai mamak. Makanan Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia tanpa memikirkan cara pemprosesannya. Jika dulu susah mau cari Fast Food tetapi kini kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP & CEPAT!!!
Pengambilan gula dan garam yang berlebihan menyebabkan diabetes serta darah tinggi manakala mengamalkan pemakanan yang salah akan mengundang kesan buruk seperti obesiti atau kolesterol tinggi.
Sumber : Dr Rajbans


3) Mengamalkan Gaya Hidup Tidak Sihat

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman beralkohol serta kurang melakukan aktiviti fizikal/berolahraga meningkatkan keperluan tubuh untuk zat gizi (vitamin/mineral) tertentu. 
Penggunaan telefon bimbit juga boleh menjejaskan kesihatan kita sekiranya tabiat obses teknologi ini diteruskan tanpa ada had. Kesan penggunaan telefon bimbit kepada seseorang:-
INSOMNIA
Penggunaan telefon pintar seperti permainan video, melayari Internet dan sebagainya secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti tidur. Ketagihan terhadap media sosial misalnya akan membawa kepada tabiat berjaga malam dan akhirnya menyebabkan masalah kekurangan tidur dan keletihan

LEMAH DAYA INGATAN
Terlalu bergantung kepada teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan.

KEMURUNGAN
Setiap status dan perkongsian yang kita lihat di ‘newsfeed’ Facebook sebagai contoh, boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh menjadi punca sikap negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca me­ngenai status orang lain.

FOODPORN
Menurut kajian, melihat gambar makanan di laman sosial akan menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan yang kita nikmati. Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan. Hashtag ‘#foodporn’ antara yang popular bagi sesiapa yang ingin mencari idea mengenai makanan di Instagram.

SEBAR KUMAN
Telefon pintar boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas. Kita sedia maklum bahawa kuman boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Jadi pastikan anda membersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan kita memberi ruang kepada pelbagai jenis penyakit menyerang diri sendiri.



4) Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekiar

Kita sering terdedah dengan perbagai pencemaran dari makanan minuman serta alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan sebagainya. Pencemaran yang berlaku boleh merosakkan sel di dalam tubuh. 
Tahukah dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran kerana pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda mengandungi bahan kimia berbahaya. iaitu karsinogen, agen penyebab kanser. 
Terdapat banyak Kesan buruk pencemaran ke atas kesihatan manusia. Dimana Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Oleh itu, badan kita perlukan suplemen bagi mambantu membaiki sel yang rosak serta menghasilkan sel baru yang sihat. Ini kerana tubuh kita sudah tidak mampu menampung kerosakan sel yang berlaku secara berterusan.



5) Memenuhi Keperluan Badan 

Adakalanya tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien sebagai contoh apabila kita tidak sihat, badan kita memerlukan lebih nutrien untuk membekalkan antioksidan dan meningkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A dan sebagainya.  
Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilanm nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.
Bagi ibu-ibu hamil dan menyusukan anak, jumlah pengambilan nutrien harian yang diperlukan adalah lebih tinggi dosenya berbanding dengan wanita yang tidak hamil dan menyusukan. Selain itu juga, ada kalanya makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan zat yang cukup mengikut keperluan tubuh.
Tahukah anda, terdapat vitamin penting tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita dan tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk pertumbuhan yang optimum. Di antaranya ialah Vitamin ACDEKdan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenat, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik).
Walaupun mempunyai peranan yang sangat penting, badan hanya dapat menghasilkan Vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif.

6. Buah-Buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar
Tahukah anda, sumber pelbagai vitamin boleh diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen. Namun begitu pada masa sekarang kebanyakan sayur-sayuran, buah-buahan yang terdapat di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Selain itu pengunaan baja kimia pula kini semakin berluasaan. Oleh itu pantikan anda memilih sayuran dan buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.


7) Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan

Adakah anda penggemara makanan atau minuman berkafein? Jika ya, anda harus mengetahui kesan sampingannya terhadap badan kita. Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji bebeerapa jenis tumbuh-tumbuhan. Kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.
Tahukah anda kafeinn boleh menghalang penyerapan Vitamin D dan Kalsium ke dalam tubuh dan juga menganggu menyerap penyerapan beberapa nutrient penting dalam bahan. Contohnya pengambilan lauk seperti tempe (sumber kalsium) dan sayuran hijau seperti bayam (sumber zat besi) tidak disyorkan di ambil bersama kerana gabungan kedua-dua zat ini akan menghalang tubuh dari menyerap nutrisi yang terlibat. Jadi badan akan kekurangan Kalsium dan Zat Besi pada masa yang sama.

8) Pengambilan dan penjualan ubat-ubatan yang tidak terkawal
 Penjualan ubat-ubatan tiruan tetapi menggunakan jenama tulen yang dipercayai berleluasa di seluruh dunia kini amat membimbangkan apabila ia turut merebak di Malaysia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan jualan ubat palsu kini melebihi RM230 bilion, manakala Kementerian Kesihatan pula mengakui penjualan ubatan yang menjejaskan kesihatan pengguna itu turut semakin berleluasa. Penjualan ubat palsu atau tidak berdaftar ini juga semakin berleluasa. 
Adalah amat membimbangkan jika kita melihat kepada kecenderungan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencampurkan produk-produk keluaran mereka yang berupa ubat-ubatan tradisional, makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik dengan  bahan-bahan racun  (ubat terkawal). Terutama wanita hamil.
Sebagai wanita hamil, perlu diingatkan bahawa anda hanya dibenarkan mengambil ubat yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Paling penting, jangan makan sebarang jenis ubat tanpa nasihat doktor. Ini kerana, terlalu banyak ubat yang didakwa baik untuk kehamilan tetapi tidak mendapat pengiktirafan KKM. Begitu juga halnya dengan kebanyakan ubat tradisional yang berasaskan herba.
Kebanyakan ubat-ubat ini tiada pengawasan kualiti. Oleh kerana itulah kesan sampingan ubat-ubat ini berbeza di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain. Ada sesetengah pengguna yang mengambilnya selamat namun ada segelintir yang lainnya mengalami masalah sewaktu hamil ataupun ketika proses bersalin.

sumber : www.pharmacy.gov.my

Rabu, 2 November 2016

Doa Ketika Hujan, Angin Kencang dan Ketika Mendengar Petir


Mulakan hari dengan Bismillah

Assalammulaikum w.b.t...

Selamat pagi..

Good Morning..

Osonong do kosuabon..

早 安
Zǎo ān


Syukur Alhamdulillah Allah s.w.t menurunkan hujan. 
Sedarkah kita bila hujan turun, Rahmat dilimpahkan kepada manusia. Air Hujan juga dapat menyuburkan tanaman. 

Doa Ketika Hujan:-  

(اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا ) Allahumma Shoyyiban Na'fian  

Yang bermaksud "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat" ~HR Bukhari~ Jadi, janganlah kita mengeluh apabila hujan turun. Hujan banyak memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan dan kepada hidupan di bumi seperti kita. Mungkin dengan terjadinya banjir yang memusnahkan menyebabkan kita terpaksa mengeluh disebabkan kerosakan harta benda dan haiwan ternakan. Anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah untuk hambanya. Dengan menguji kesabaran hamba-hambanNya, menjadikan kita sebagai hamba yang tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan selama ini daripadaNya.



 Doa ketika ada angin kencang:-
“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih.
" Ya Allah ssesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apasaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya".


Setelah Hujan berhenti :-
"Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih".
"Kami di beri hujan ini karena Allah dan rahmatnya".


Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana :-
"Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar".
Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat  tempat  tumbuhnya pohon.


Doa ketika mendengar petir :-
Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih.
Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puja pujiNya dan juga malaikat karena takut padaNya.

Atau

Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik.
Ya Allah janganlah  engkau  membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami karena siksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.

Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua & di permudahkan segala urusan. Insyallah....


Selasa, 1 November 2016

Pemakluman kenaikan harga Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan..kenapa saya katakan ia adalah perkara biasa sedangkan kenaikan harga minyak ini akan mengakibatkan semua harga barang akan naik.. Kalau kamu perhatikan harga Petrol & Diesel sentiasa akan berubah dari masa kesemasa..

Nasib baik saya pakai Viva, so penggunaan minyak tidak tinggi berbanding dengan kereta besar seperti Toyota, Honda dan sebagainya..So bila harga pertol naik, saya akn menghadkan penggunaan kereta. Contohnya.. masa rehat saya akan duduk di pejabat atau tumpang dengan kawan.. terpaksa la berjimat cermattt..biasala kan bukan Petrol saja naik tau Tetapi Minyak Masak!!!!

Kenaikan harga MINYAK MASAK  amat mengejutkan, saya sangkaakan kenaikan nya hanya RM0.50 - RM1.00 tetapi hampir 50% kenaikan tersebut.

Sebagai seorang isteri, walaupun bukan lah suri rumah sepenuh masa, kenaikan harga minyak masak amat mengejutkan dan secara tidak lansung saya terfikir bagaimana untuk membuat penjimatan penggunaan Minyak Masak dalam masakan seharian..

So... kita kena tukar menu la kan.. Kurangkan menu menggoreng dan banyakkan menu merebus/Sup, Grill dan panggang.. lagi jimat kalau guna pemangang ajaib knnn...

Jom Tukar Menu!!
Kurangkan Menggoreng,
Banyakkan Masak Sup,
Lebih Sihat,
Lebih Cergas,
Lemak Berkurangan
Kolestrol pun Berkurangan,
Malah ia juga boleh menguruskan..

~ Jom masak sup ikan merah

Kini kembali

Syukur Alhamdulilah..sekian lama saya tidak menulis, akhirnya hati ini terdetik ingin menulis kembali setelah lama berehat menulis..

Sebenarnya blog saya ini dibuat pada tahun 2012 masa itu saya masih bujang,..hehe..lamanya menyepi..ngeeiii
Sehingga lah saya berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 1 Tahun 3 Bulan..baru saya teringat yang rupanya saya ada blog..hehe

Otak ini berkarat suda kalau bab menulis-menulis tetapi ini cara yang terbaik supaya otak ku ini boleh bekerja semula..hehehe

Semoga semangat ini akan bekekalan...
Kali ini saya ingin berkongsi tentang panduan meningkatkan tahap kesihatan

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari Semangat yang tidak pernah Mengalah"

sumber : i love islam.com




JAMINAN SHAKLEE





SENTIASA SELAMAT

- Para saintis Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian terhadap ramuan botanical baru bagi logam berat, racun serangga dan lain-lain bahan pencemaran
- lebih daripada 83,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun bagi memastikan ketulenan sebenar dan kebolehan potensi.
- Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet
- Tidak menjalankan ujian terhadap haiwan

SENTIASA BERKESAN
- Lebih daripada USD250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
- Terdapat 100 penerbitan saintifik
- 54 pingat emas olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
- Shaklee memperkasa 7 daripada Pengembara Handal di dalam buku Time Life “25 Greatest Adventure of All Time”.
- Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

SENTIASA MESRA ALAM
Selama lebih daripada 50 tahun kami telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama didunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral TM bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Kami bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda dan bumi anda.
- Bungkusan yang bebas daripada bisfenol-A, phthalates dan dakwat toksik
- Bungkusan yang boleh dikitar semula


Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin, HALAL serta Mendapat Kelulusan KKM





Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:


TIDAK Mengandungi Paraben

TIDAK Mengandungi Triklosan

TIDAK Mengandungi Phthalates

TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)

TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)

TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana

TIDAK Mengandungi Glikol

TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”

TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik

TIDAK Mengandungi Ammonia

TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida

TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve

TIDAK Mengandungi Formaldehyde

TIDAK Mengandungi Bisfenol-A

TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates

TIDAK Mengandungi Toulene

TIDAK Mengandungi Peluntur Warna

TIDAK Mengandungi Bahan Perisa

TIDAK Mengandungi Pewarna

TIDAK Mengandungi Lemak Trans

TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan

TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin

TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang



CARA ODER??

WhatsAapp/Msg/Call/ Pm

Sue ~ 01125353733

Set Kecergasan untuk Lelaki (Vitality set)

Opsss bukan wanita sahaja yang ada vitamin khas tau tetapi lelaki juga ada. Shaklee telah mencipta set khas untuk lelaki yang mahukan kesiha...